KELEBIHAN DAN FAEDAH NIKAH DI SONGKHLA DAN PHATTHALUNG BERBANDING TEMPAT LAIN DI THAILAND

Posted by Kembara Halal  |  at  22:21

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.
“Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. “Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand,” katanya.
-Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar,  MyMetro pada 30 Jun 2012-


General Konsulat Malaysia terletak di Songkhla di mana segala urusan pengesahan nikah yang dibuat di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) atau Majlis Agama Islam Phatthalung akan dirujuk dan di sahkan. Hanya satu Konsulat Malaysia bagi hal ehwal seluruh Selatan Thailand iaitu General Konsulat Malaysia yang terletak di alamat berikut di Songkhla.


ADDRESSNo. 4, Sukhum Road
Songkhla 90000
Thailand
PHONELOCAL: (074) 311.062
INTERNATIONAL: +66.74.311.062
FAXLOCAL: (074) 324.004
INTERNATIONAL: +66.74.324.004
EMAILmalsgkhla@kln.gov.my
WEB SITEhttp://www.kln.gov.my/perwakilan/songkhla


Jangan susahkan badan untuk tidak daftar pernikahan dengan konsulat Malaysia. Sebab mungkin pasangan akan cuba untuk mendaftarkan nikah mereka di Malaysia. Bila masuk mahkamah, hakim akan minta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Tanpa surat tersebut pendaftaran di Malaysia tidak dapat dilakukan.


Ada pasangan yang tidak mahu mendaftarkan pernikahan mereka dengan Jabatan agama. Tak apalah sebab dah ada surat nikah dan sah. Tetapi masalah tetap ada. Terutama bila pasangan tersebut yang bernikah di Thailand mendapat anak. Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan minta surat nikah bersama dengan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Kalau tidak ada surat pengesahan tersebut, pilihan yang ada ialah mendaftar kelahiran anak sebagai ANAK TAK SAH TARAF. Mahukah kita mempunyai anak yang tidak diiktiraf?

 Dari segi keamanan dan keselamatan pula, Songkhla dan Phatthalung adalah antara kawasan yang aman dan selamat berbanding kawasan2 lain di Thailand. 

Nasihat dan peringatan untuk mereka yang berhajat untuk nikah di Thailand, nikahlah di Majlis Agama Islam SONGKHLA atau PHATTHALUNG. DEMI KEBAIKAN SENDIRI.

Untuk bantuan dan keterangan lanjut hubungi KEMBARA HALAL:

Tel:        01115635878


Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

Powered by Blogger.

My Blog List

Business

Find us on Facebook

Nikah di Thailand

There was an error in this gadget

Popular Posts

back to top