PROSES NIKAH DI THAILAND DAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA

Posted by Kembara Halal  |  at  21:53

Berikut adalah proses NIKAH di Thailand dan DAFTAR NIKAH di Malaysia.


1) Selesai pernikahan di Majlis Agama Islam di Thailand, pasangan akan menerima Sijil Nikah dan  Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam. Surat ini kemudiannya akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk tujuan pengesahan bahawa nikah yang dilakukan adalah sah dan diiktiraf Malaysia. Note : Mendapat pengesahan Konsulat bukan bermaksud maklumat pernikahan telah diketahui oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Maklumat pernikahan di Thailand tidak akan direkod di Malaysia selagi tidak melakukan pendaftaran semula di Malaysia.

2) Setelah meneliti dokumen dan berpuashati, pihak Konsulat akan mengeluarkan Surat Pengesahan seperti di bawah. BERHATI2 dengan Surat Pengesahan Konsulat Palsu. Bermula pada tahun ini, (saya kurang ingat tarikh yang tepat), terdapat SEAL YANG TIMBUL di bahagian tandatangan Konsul Malaysia pada surat pengesahan Konsulat yang ORIGINAL, ini membezakan antara surat konsulat yang original dengan yang palsu:-

   


3) Setelah mendapat semua dokumen termasuk Surat Pengesahan Konsulat seperti di atas, pasangan boleh memilih sama ada untuk mendaftar semula pernikahan tersebut di Malaysia atau tidak. Sekiranya memilih untuk mendaftar semula, kami ada menyediakan perkhidmatan pendaftaran dengan khidmat guaman dengan kos berlainan bergantung kepada jenis kes sama ada poligami atau tidak. Setelah mendapat perintah kelulusan daripada Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam akan mengeluarkan satu perakuan nikah yang baru seperti di bawah :-


SEBARANG PERTANYAAN LANJUT MENGENAI URUSAN PERNIKAHAN DI THAILAND ATAUPUN PENDAFTARAN DI MALAYSIA, SILA HUBUNGI HJ SHAMSUL 01115635878.

NOTE : Sebarang copy dan paste adalah dilarang sama sekali. Semua gambar di atas adalah hak milik client Kembarahalal.com yang berkenaan.

About the Author

Write admin description here..

Powered by Blogger.

My Blog List

Business

Find us on Facebook

Nikah di Thailand

There was an error in this gadget

Popular Posts

back to top