Mendaftar Perkahwinan Selepas bernikah di Thailand

Posted by Kembara Halal  |  at  01:28



Hasil carian imej untuk masalah daftar nikah di Malaysia
Daftarkan pernikahan Thailand anda untuk rekod yang sempurna di Malaysia
Mendaftar perkahwinan selepas berkahwin di Thailand

Soalan:

Saya telah berkahwin dengan suami di Narathiwat, Thailand pada Julai 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata berusia lapan bulan. Saya dan suami sehingga sekarang belum lagi mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia kerana takut pendaftaran kami tidak diterima atau didenda. Adakah salah di sisi undang-undang jika kami lambat mendaftarkan perkahwinan? Adakah kami boleh membuat rayuan untuk denda yang bakal diterima? Berapa lamakah masa yang akan diambil dalam prosedur pendaftaran? Apakah dokumen-dokumen atau syarat-syarat yang diperlukan untuk mendaftarkan perkahwinan kami?

Tasya, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Secara amnya semua undang-undang keluarga di setiap negeri mempunyai seksyen yang sama cuma mungkin turutannya yang berlainan. Undang-undang keluarga adalah undang-undang negeri.
Mengikut maklumat yang diberi, puan menetap di Kuala Lumpur. Oleh itu, undang-undang yang akan dirujuk adalah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (selepas ini akan disebut sebagai ‘Akta tersebut’).

Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk mendaftarkan perkahwinan. Ini seperti yang termaktub di Seksyen 25 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Hanya dengan pendaftaran barulah sijil perakuan nikah akan dikeluarkan oleh pendaftar.
Seksyen 31 pula menyatakan mereka yang telah berkahwin di luar negara dalam tempoh enam bulan untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.

Sekiranya pendaftaran dilakukan selepas tempoh tersebut, maka jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan.
Tujuan utama pendaftaran adalah untuk memastikan agar pernikahan puan sah di sisi syarak. Suatu pernikahan hanya akan dianggap sah apabila sempurna kelima-lima rukun nikah. Pada masa ini, seperti yang puan maklum, pernikahan secara sindiket amat berleluasa.

Pernikahan ini tidak sah di sisi hukum syarak. Antaranya kerana penggunaan wali yang mengakadnikahkan pernikahan tersebut tidak mempunyai kuasa atau tauliah. Akta tersebut tidak menyatakan sama ada rayuan boleh dibuat atas apa-apa denda yang dikenakan jika sabit kesalahan. Puan dinasihatkan untuk mendapatkan kepastian daripada pihak mahkamah apabila puan mengemukakan pendaftaran perkahwinan puan ini.

Tempoh prosedur pendaftaran bergantung kepada setiap kes. Jika tiada komplikasi dan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah lengkap, mahkamah akan membenarkan pendaftaran pada hari kes puan didengarkan di mahkamah. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran perkahwinan yang dilakukan di luar negara:

1. Surat perakuan nikah luar negara;

2. Atau keterangan saksi secara lisan atau tulisan memuaskan hati Pendaftar sebelum perkahwinan berlaku;

3. Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh pemohon sendiri.
Kami berharap puan dan suami segera mendaftarkan perkahwinan. Perasaan takut akan denda bukan satu alasan yang kukuh kerana tanpa sijil perkahwinan banyak komplikasi yang akan timbul seperti susah untuk mendaftarkan kelahiran anak dan sekiranya berlaku apa-apa tuntutan atau perceraian, maka proses mahkamah tidak boleh dimulakan sehinggalah puan mendaftarkan perkahwinan terlebih dahulu.

Tanpa adanya sijil perkahwinan, suami puan tidak dianggap sebagai suami puan yang sah dari segi perundangan dan beliau akan dianggap sebagai seorang bujang dan sekiranya beliau berkahwin poligami, beliau tidak perlu memberitahu puan atau dari segi perundangan tidak boleh diperintahkan membayar nafkah puan sebagai seorang isteri.
Oleh itu, puan harus segera ke mahkamah untuk mendaftarkan perkahwinan.

Hubungi kami untuk urusan daftar nikah anda di http://bit.ly/2L3UF7l atau 01115635878

#DaftarnikahselepasnikahdiThailand

About the Author

Write admin description here..

Advertisement

Powered by Blogger.

My Blog List

Nikah di Thailand

Popular Posts

back to top