Berikut adalah proses NIKAH di Thailand dan DAFTAR NIKAH di Malaysia. 1) Selesai pernikahan di Majlis Agama Islam di Thailand, pasangan akan menerima Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam. Surat ini kemudiannya akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk tujuan pengesahan bahawa nikah yang dilakukan adalah sah dan diiktiraf Malaysia. Note : Mendapat pengesahan Konsulat bukan bermaksud maklumat pernikahan telah diketahui oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Maklumat pernikahan di Thailand tidak akan direkod di Malaysia selagi tidak melakukan pendaftaran semula di Malaysia. 2) Setelah meneliti dokumen dan berpuashati, pihak Konsulat akan mengeluarkan Surat Pengesahan seperti di bawah. BERHATI2 dengan Surat Pengesahan Konsulat Palsu. Bermula pada tahun ini, (saya kurang ingat tarikh yang tepat), terdapat SEAL YANG TIMBUL di bahagian tandatangan Konsul Malaysia pada surat pengesahan Konsulat yang ORIGINAL , ini membezakan antara surat konsulat yang o