Majlis Fatwa Kebangsaan: Sah Nikah di Thailand


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim. Untuk bacaan seterusnya sila layari portal rasmi Fatwa Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) di: Sah Nikah di Thailand: Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

PROSES NIKAH DI THAILAND DAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA

Mendaftar Perkahwinan Selepas bernikah di Thailand

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Luar Negara 2019