Berikut adalah proses NIKAH di Thailand dan DAFTAR NIKAH di Malaysia. 1) Selesai pernikahan di Majlis Agama Islam di Thailand, pasangan akan menerima Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam. Surat ini kemudiannya akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk tujuan pengesahan bahawa nikah yang dilakukan adalah sah dan diiktiraf Malaysia. Note : Mendapat pengesahan Konsulat bukan bermaksud maklumat pernikahan telah diketahui oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Maklumat pernikahan di Thailand tidak akan direkod di Malaysia selagi tidak melakukan pendaftaran semula di Malaysia. 2) Setelah meneliti dokumen dan berpuashati, pihak Konsulat akan mengeluarkan Surat Pengesahan seperti di bawah. BERHATI2 dengan Surat Pengesahan Konsulat Palsu. Bermula pada tahun ini, (saya kurang ingat tarikh yang tepat), terdapat SEAL YANG TIMBUL di bahagian tandatangan Konsul Malaysia pada surat pengesahan Konsulat yang ORIGINAL , ini membezakan antara surat konsulat yang o
Daftarkan pernikahan Thailand anda untuk rekod yang sempurna di Malaysia Mendaftar perkahwinan selepas berkahwin di Thailand Soalan: Saya telah berkahwin dengan suami di Narathiwat, Thailand pada Julai 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata berusia lapan bulan. Saya dan suami sehingga sekarang belum lagi mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia kerana takut pendaftaran kami tidak diterima atau didenda. Adakah salah di sisi undang-undang jika kami lambat mendaftarkan perkahwinan? Adakah kami boleh membuat rayuan untuk denda yang bakal diterima? Berapa lamakah masa yang akan diambil dalam prosedur pendaftaran? Apakah dokumen-dokumen atau syarat-syarat yang diperlukan untuk mendaftarkan perkahwinan kami? Tasya, Kuala Lumpur . Jawapan: Secara amnya semua undang-undang keluarga di setiap negeri mempunyai seksyen yang sama cuma mungkin turutannya yang berlainan. Undang-undang keluarga adalah undang-undang negeri. Mengikut maklumat yang diberi, puan menetap di
Q1: Apakah maksud pernikahan luar negara? A: Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu. Q2: Adakah semua pernikahan luar negara perlu didaftar di Malaysia? A: Ya. Semua pernikahan yang dijalankan di luar negara mesti didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon. Q3: Mengapa pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan di Malaysia? A: Pertama, perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket. Oleh itu, semua pasangan yang bernikah di luar negara mesti membuat pengesahan nikah dahulu di mahkamah syariah bagi menentukan nikah tersebut adalah sah mengikut hukum syarak. Q4: Apakah yang aka