NASIHAT KEPADA BAKAL CLIENTS.
السلام عليكم
Saya cuma ingin memberi sedikit nasihat, kepada semua pasangan, sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand, cuba minta izin daripada kedua ibu bapa dahulu. Sekiranya bapa (wali mujbir) tidak memberi keizinan tanpa sebab yang munasabah atau kurang munasabah, maka barulah ambil keputusan untuk bernikah di Thailand. Tetapi jika wali tidak mengizinkan atas sebab yang sangat kuat seperti pasangan merupakan penjenayah, penagih dadah etc, ikutlah kehendak bapa tersebut kerana inshaAllah itu yang terbaik. Dan pastikan niat untuk bernikah itu betul2 ikhlas dan bukan sekadar dengan alasan untuk melepaskan nafsu dengan cara yang betul, perlu juga diingat apabila membuat keputusan untuk bernikah, tanggungjawab adalah yang paling utama. Suami mesti menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan begitu juga isteri perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Segala masalah hadapilah bersama, kuatkan hati. Saya berharap pasangan2 yang saya uruskan pernikahan akan datang dan yang telah lepas akan kekal hingga akhir hayat. إن شاء الله
آمين