NASIHAT UNTUK PASANGAN YANG MEMILIH UNTUK NIKAH DI THAILAND
Assalamualaikum.
Sepanjang saya memberikan perkhidmatan urusnikah di Thailand ini, banyak juga antara pasangan yang saya uruskan pernikahan mereka di Thailand berakhir dengan perceraian.
Disebabkan itu, tergerak hati saya untuk memberi nasihat kepada setiap pasangan bahawa kunci utama dalam menjalani bahtera rumahtangga adalah suami dan isteri perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Jangan hanya sebelah pihak yang memberi komitmen sepenuhnya, manakala sebelah pihak lagi mengambil enteng dengan erti hubungan suami isteri itu sendiri. Setiap pasangan yang berumahtangga pasti akan melalui detik2 diuji dengan pelbagai ujian tidak kiralah pasangan itu bernikah di Malaysia atau di mana sekalipun. Tapi, perlu diakui pasangan yang memilih jalan untuk bernikah di Thailand biasanya melalui ujian yang lebih berat kerana kebanyakan mereka yang bernikah di Thailand adalah disebabkan halangan daripada keluarga. Jadi mana2 pasangan yang mengalami masalah ini perlu cuba untuk menyelesaikan sebaiknya dengan pihak keluarga. Jangan ego untuk minta maaf, memang normal ibu bapa yang menjeruk hati kerana merasa seperti anak2 membelakangkan mereka. Jika mereka enggan memaafkan, minta maaf lagi. Jika masih enggan, berdoalah kepada Allah agar hati mereka dilembutkan..InshaAllah rajuk mereka tidak lama. Tetapi hati suami dan isteri perlu kuat. Suami jika stress, jangan suka pukul isteri. Isteri itu adalah amanah yang perlu dijaga, bukan didera. Isteri pula, jangan mudah menceritakan aib suami kepada orang lain kecuali kepada yang berhak. Perlu diingat, selepas bernikah, suami perlu diutamakan berbanding ibu bapa sendiri. Tetapi suami perlu juga menjaga hubungan dengan keluarga isteri selain daripada keluarga sendiri. Bagi yang memilih untuk poligami, perlu diingat walaupun poligami itu dibenarkan oleh Islam, tetapi poligami itu datang dengan syarat2nya,,Islam itu indah. Jujurlah pada diri sendiri sama ada mampu atau tidak memimpin lebih dari seorang isteri. Mampu itu bukan sekadar melayan nafsu, dari segi ekonomi adakah mampu? Jangan nanti mendatangkan lebih banyak masalah jika memilih jalan utk poligami dan menyebabkan isteri2 menderita. Daripada tujuan asal untuk mendapat pahala, tak pasal2 dapat dosa pula. Itu bermakna kita tak mampu. Isteri pula yang dah tau bakal suami itu memang sudah berkahwin dan rela dimadukan, jangan pula bila sudah bernikah, meminta2 yang lebih dari kemampuan suami.
Senang cerita, sebelum membuat keputusan bernikah, penuhkan ilmu rumahtangga di dada..kuatkan hati dan minta petunjuk Allah. InshaAllah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke Jannah.
SAYA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA.
Ikhlas daripada,
HAJI SHAMSUL & PUAN FARAH
01115635878
9 Ogos 2015
9 Ogos 2015