Cara Daftar Nikah Thailand Di Malaysia



PROSES PENDAFTARAN NIKAH LUAR NEGARA


1. Sebelum mengemukakan permohonan untuk mendaftar perkahwinan luar negara (Thailand) di Malaysia, pasangan perlu memastikan dokumen lengkap dan teratur.Ia tidak menjadi masalah kalau pasangan melantik peguam mengurus pendaftaran tersebut. Sebagai contoh pasangan melantik Tetuan Binwahav & Co., sebagai firma guaman yang mewakili mereka, kerana firma inilah yang akan susun atur semua dokumen-dokumen Permohonan nikah luar negara supaya lengkap, sebelum dikemukakan ke Mahkamah Syariah bagi proses perbicaraan dan mendapat surat perintah mahkamah. Surat perintah ini kemudiannya akan dirujuk ke unit Pendaftaran Pernikahan Cerai dan Rujuk untuk pendaftaran dan mendapat sijil perakuan nikah.

2. Siasatan mengenai pernikahan luar negara itu dimulakan dengan mengenalpasti beberapa aspek dan kriteria diantaranya : mempastikan tempat akad nikah adakah diiktiraf oleh negeri berkenaan, contoh Pernikahan di negara Thailand mulai September 2010 pernikahan warga asing hanyalah sah dilakukan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan lima majlis agama Islam yang lain. Pekeliling ini dikeluarkan bagi mengelak pernikahan sendikit yang tidak diiktirafkan atau "Pernikahan Ekspres" atau jurunkah palsu. Mempastikan jarak tempat berlaku akad nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin melebihi 2 marhalah atau melebihi 92 kilometer kerana kebanyakan pasangan yang berkahwin menggunakan perkhidmatan wali hakim. Sekiranya kurang dari dua marhalah kedudukan wali berada itu boleh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah disegi syarak.

  Jurunikah yang menjalankan upacara nikah juga perlu diambilkira kedudukannya, dibimbangi jurunikah tersebut telah tamat perlantikan sebagai jurunikah oleh pihak berwajib. Pernikahan yang memenuhi dan menepati hukum syarak dan undang-undang akan diarah untuk didaftarkan pernikahan mengikut Enakmen Undang-Undang keluarga Islam negeri tempat permohonan dibuat.



KESAN MENGABAIKAN PENDAFTARAN NIKAH LUAR NEGARA

Pasangan yang mengabaikan pendaftaran nikah di luar negara setelah melebihi enam bulan dari tarikh mula-mula sampai ke negeri-negeri di Malaysia ini jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pernikahan pasangan itu kemungkinan tidak diperakui dan lindungi oleh undang-undang. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan berhubungan dengan kematian seperti pembahagian pusaka, pengeluaran wang KWSP, pengeluaran wang pencen, menunaikan Ibadah Haji dan tuntutan harta sepencarian akan menjadi halangan dan kemungkinan besar semua urusan ini tidak disempurnakan.



SHAMSUL ABDULLAH
01115635878

Popular posts from this blog

PROSES NIKAH DI THAILAND DAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA

Mendaftar Perkahwinan Selepas bernikah di Thailand

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Luar Negara 2019