8 Perbezaan syiah berbanding Ahli Sunnah

Posted by Kembara Halal  |  at  20:43

8 Perbezaan Ketara Fahaman Syiah Berbanding Ahli Sunnah Yang Anda Kena Tahu


Pelbagai macam perbezaan ketara yang dapat kita lihat diantara dua fahaman ini. Anda pernah tahu sebelum ini?

Seperti sedia maklum, kepercayaan puak Syiah sangat bertentangan jika dibandingkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
8aba


Daripada khalifah yang layak memerintah selepas kewafatan Rasulullah, sehinggalah ke intipati azan, kedua-dua puak mempunyai pegangan yang amat berlainan. Jom kita baca dan fahami 8 perbezaan ketara diantara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah di bawah:

  • 1. Khalifah selepas Rasulullah

    • Ahli Sunnah Wal Jamaah: Abu Bakar adalah orang yang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, diikuti dengan Umar bin Al Khatthab , lalu Usman bin 'Affan , kemudian Ali bin Abi Talib. Ahli Sunnah meyakini bahawa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah dan merupakan khalifah pertama yang sah setelah wafatnya baginda Rasulullah.
    • Syiah: Mereka meyakini bahawa orang terbaik selepas Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib, dan mendakwa Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab sebagai dua berhala Quraisy yang terlaknat. Syiah percaya Ali merupakan orang yang paling berhak menjadi khalifah, dan memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari Ali.

      Mereka turut menggelar Abu Bakar dan Umar dengan gelaran al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.

      Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan 'Doa dua berhala Quraisy'.

      Doa tersebut seperti berikut;

      "Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraisy, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).
  • 2. Surah Al-Wilayah dalam Al-Quran

    • Ahli Sunnah Wal Jamaah: Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

      Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr:
    • "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya."
    • Syiah: Antara penyelewengan yang dikemukakan ialah wujudnya 'surah Al-Wilayah' dalam Al-Quran. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.
  • 3. Rukun Islam

    • Ahli Sunnah Wal Jamaah:
      1. Mengucap dua kalimah Syahadah
      2. Solat 5 waktu
      3. Puasa pada bulan Ramadhan
      4. Membayar Zakat
      5. Haji
    • Syiah:
      1. Solat 3 waktu
      2. Puasa pada bulan Ramadhan
      3. Membayar Zakat
      4. Haji
      5. Surah Al-Wilayah
  • 4. Rukun Iman

    • Ahli Sunnah Wal Jamaah
      1. Iman kepada Allah
      2. Iman kepada Malaikat
      3. Iman kepada kitab-kitab suci
      4. Iman kepada para Rasul
      5. Iman kepada hari kiamat
      6. Iman kepada qadha qadar.
    • Syiah
      1. Tauhid
      2. Kenabian
      3. Imamah
      4. Keadilan
      5. kiamat
  • 5. Intipati Azan

    • Ahli Sunnah Wal Jamaah :
      (Allahu Akbar Allahu Akbar) 2 kali
      (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali
      (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali
      (Hayya 'alash solah) 2 kali
      (Hayya' alal Falah) 2 kali
      (Allahu Akbar) 2 kali
      (lā ilāha ILLALLAH) 1 kali
    • Syiah:
      (Allahu Akbar Allahu Akbar) 2 kali
      (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali
      (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali
      (Asyhadu anna 'Aliyyan waliyullōh) 1 kali
      (Asyhadu anna 'Aliyyan Amir al-Mu'minina Hujjatullah) 1 kali
      (Hayya ' alash solah) 2 kali
      (Hayya' alal Falah) 2 kali
      (Hayya ' alā khoiril 'amal) 2 kali
      (Allahu Akbar) 2 kali
      (Lā ilāha ILLALLAH) 1 kali

    • 6. Hadith
    • Ahli Sunnah Wal Jamaah: Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayar-ayat al-Quran.

      Kesahihan hadis ditentukan dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.


      Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.

      Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga . Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan serta kesahihan hadis.
    • Syiah: Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.

      Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih.

      Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat ini: "Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata...'"

      Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya.
  • 7. Para Sahabat Rasulullah SAW

    • Ahli Sunnah Wal JamaahAhli sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus.

      Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji oleh Allah berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.
    • Syiah: Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan Rasulullah kecuali Ali, Fatimah binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

      Selain itu mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa. Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.
  • 8. Aqidah

    • Ahli Sunnah Wal JamaahBeriman bahawa sesungguhnya Allah yang maha Esa, yang maha Berkuasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan antara Allah dan seluruh hamba-Nya.

      Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah semata-mata.
    • Syiah: Mereka beriman kepada Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini.

      Mereka beribadah selain daripada Allah dengan berkata 'Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab'. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka juga meminta hajat daripada orang yang telah mati.
  • "Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu daripada golongan Syiah,'' kata Imam as-Shafie.

    • Imam Malik pula ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata;

      "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu."

      Malah dalam satu majlis ketika Imam Malik ditanya mengenai tindakan Syiah memaki sahabat-sahabat Rasulullah, beliau telah membaca ayat ke 29 Surah al-Fath:
    • "Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang bersamanya bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir (memusuhi Islam)."

      Imam Malik kemudian berkata; "Sesiapa yang merasa marah apabila membicarakan mereka (iaitu golongan Syiah) maka dia telah benar-benar mengamalkan ayat tersebut."

      Berdasarkan petikan di atas jelas kedua-dua imam besar mazhab itu mengecam dan menempelak fahaman Syiah.
  • Mungkin ada beberapa perkara lagi yang kami tertinggal dan tidak senaraikan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

      • 68ff

Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

Advertisement

Powered by Blogger.

My Blog List

Nikah di Thailand

Popular Posts

back to top