Posts

Showing posts from January, 2019

Agen Nikah Palsu di Selatan Thailand

BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN AGEN PERNIKAHAN YANG TULEN ATAU PALSU (SINDIKET)? Jangan terlalu mudah percaya agen-agen yang menguruskan pakej pernikahan di Selatan Thailand bagi mengelakkan dari tertipu. Berikut adalah antara cara-cara bagi memastikan sama ada agen pernikahan itu tulen atau sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata :- 1. Cari agen yang mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan pernikahan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari pastikan anda boleh mencari agen tersebut. 2. Pastikan agen tersebut melibatkan diri dari awal hingga selesai proses pernikahan ini dan agen tersebut turut ada bersama pasangan yang hendak bernikah dan bukan hanya melakukan urusan di Malaysia dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada agen lain di Thailand. Ini dapat mengelakkan pasangan dari di tipu oleh agen di Thailand yang mengenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya. 3. Sila pastikan  S IJIL NIKAH, SURAT PENGESAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM

Kenapa Pasangan Bernikah di Thailand?

Sebab Biasa Pasangan Bernikah di Thailand Setiap pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Berikut adalah antara sebab-sebab yang biasa kami temui mengapa pernikahan di Thailand dilakukan. Wali enggan - wali tidak mahu menerima lelaki tersebut sebagai menantu, walhal tiada sebab disisi syarak yang lelaki tersebut tidak layak bernikah dengan pasangannya. Antara faktor yang biasa ialah rupa paras, taraf ekonomi, status "suami orang" dan pelbagai sebab lain lagi. Berpoligami - samada pihak lelaki tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun kerana pihak perempuan tidak bersetuju. Ada juga lelaki yang "belum bersedia" memberitahu isteri pertamanya. Dan terdapat banyak lagi sebab musabab di dalam kategori ini. Hantaran - ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu tinggi. RM30,000 misalnya, walhal gaji si lelaki cumalah RM2,000 sebulan. Oleh kerana hantaran tersebut tidak dapat disediakan, pihak wanit

Pakej Nikah Di Thailand 2019

Pakej Nikah Di Thailand 2019 Kami Menyediakan Khidmat Nikah Kahwin Di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, Hubungi Kami Di Talian 01115635878 ( Haji Shamsul @ Hisham ) Harga yang kami nyatakan adalah harga sepasang . Bukan harga individu. Harga untuk dua orang. Kami menyediakan pakej berikut iaitu: Pakej 1 Hari (Balik Hari). Pakej 2 Hari 1 Malam (Bermalam) Tidak ada sebarang bayaran tambahan atau kos tersembunyi melainkan atas perkhidmatan tambahan yang mungkin pasangan sendiri mahukan. Contoh, menukar hotel tiga bintang kepada lima bintang.  *** Kami akan PASTIKAN anda pulang dengan 7 DOKUMEN LENGKAP atau  bagi yang mengambil pakej Dua Hari Satu Malam*** 1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia 2. Sijil Nikah yang disahkan oleh pihak Konsulat Malaysia 3. Surat Pengesahan MAIS yang disahkan oleh pihak Konsulat Malaysia 4. Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri yang disahkan oleh pihak Konsulat Malaysia 5. Gambar Nikah Pasangan yang dis