Agen Nikah Palsu di Selatan Thailand


BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN AGEN PERNIKAHAN YANG TULEN ATAU PALSU (SINDIKET)?

Jangan terlalu mudah percaya agen-agen yang menguruskan pakej pernikahan di Selatan Thailand bagi mengelakkan dari tertipu. Berikut adalah antara cara-cara bagi memastikan sama ada agen pernikahan itu tulen atau sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata :-

1. Cari agen yang mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan pernikahan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari pastikan anda boleh mencari agen tersebut.

2. Pastikan agen tersebut melibatkan diri dari awal hingga selesai proses pernikahan ini dan agen tersebut turut ada bersama pasangan yang hendak bernikah dan bukan hanya melakukan urusan di Malaysia dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada agen lain di Thailand. Ini dapat mengelakkan pasangan dari di tipu oleh agen di Thailand yang mengenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya.

3. Sila pastikan SIJIL NIKAH, SURAT PENGESAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA serta SURAT PENGESAHAN SIJIL NIKAH dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah TULEN dan SALINAN ASAL. Untuk pengetahuan, untuk mendapat Surat Pengesahan Sijil Nikah oleh Konsulat Malaysia di Songkhla akan memakan masa 2 (dua) hari bekerja. Tiada jalan pintas untuk proses tersebut.

4. Tiada mana-mana jurunikah dibenarkan untuk menikahkan pasangan selain di PEJABAT AGAMA ISLAM WILAYAH SELATAN THAILAND. Berikut adalah senarai Pejabat Agama Islam Wilayah Selatan Thailand yang di akui  dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia :-

1 Majlis Agama Islam Songkhla;
2 Majlis Agama Islam Satun;
3 Majlis Agama Islam Yala;
4 Majlis Agama Islam Pattani;
5 Majlis Agama Islam Narathiwat; dan
6 Majlis Agama Islam Bangkok.


Hanya Kadi dan Naib Kadi yang bertauliah sahaja layak untuk menikahkan pasangan. Tiada Kadi atau Naib Kadi yang boleh di panggil datang ke Malaysia atau ke mana-mana tempat bagi menguruskan proses pernikahan.

5. Jangan buat sebarang bayaran selagi pasangan tidak tiba di lokasi pernikahan iaitu di PEJABAT AGAMA ISLAM WILAYAH SELATAN THAILAND. Ini bagi mengelakkan agen palsu melarikan diri setelah mendapat duit dari pasangan dan jangan buat sebarang bayaran tambahan kerana agen yang tulen tidak akan mengenakan bayaran tambahan bagi kos tersembunyi.

6. Agen yang tulen akan membantu anda dalam semua urusan dokumentasi dan tidak membiarkan pasangan melakukan segala urusan dokumentasi sendirian.

Semoga penerangan ini dapat mengelakkan pasangan dari tertipu oleh sendiket pernikahan .





Dail atau wasap seperti berikut untuk dapatkan
maklumat lanjut 01115635878

Popular posts from this blog

PROSES NIKAH DI THAILAND DAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA

Mendaftar Perkahwinan Selepas bernikah di Thailand

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Luar Negara 2019