Posts

Showing posts from May, 2019

Belum daftar dah dicerai

Image
Seorang sahabat saya bernikah di Thailand tiga tahun lalu. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak pernah didaftarkan di Malaysia. Pada Mei lalu, dia diceraikan suaminya melalui panggilan telefon dan selepas itu mereka tidak pernah berhubung dan bertemu lagi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Kini, wanita itu sudah menjalin hubungan pula dengan lelaki lain dan bercadang berkahwin. Bagaimana dia boleh melaksanakan perkahwinan sedangkan tidak mengetahui secara jelas berhubung perceraiannya sebelum ini? Apakah tindakan yang perlu dilakukan kerana wanita ini diceraikan dan ditinggalkan begitu saja oleh bekas suaminya. Mana-mana perkahwinan dilangsungkan tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah satu kesalahan dan boleh dihukum. Peraturan itu disediakan pemerintah di Malaysia untuk menguruskan dan mengawal selia kehidupan umat Islam. Setiap negeri ditubuhkan Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Juster