Daftar Nikah Thailand di Malysia

Pasangan ini bernikah di bawah pengurusan Kembara Halal meminta untuk
mengurus pula pendaftaran nikah mereka di Malaysia
Hubungi pihak Kembara Halal untuk pendaftaran di talian berikut:
01115635878
Kenapa perlu daftarkan pernikahan Thailand atau luar negara di Malaysia. Berikut ialah soal jawab kenapa pernikahan pasangan perlu mendaftarkan smeula pernikahan luar negara mereka.

16 Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Luar Negara Yang Perlu Kita Ambil Tahu
Q1: Apakah maksud pernikahan luar negara?
A: Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu.
Q2: Adakah semua pernikahan luar negara perlu didaftar di Malaysia?
A: Ya. Semua pernikahan yang dijalankan di luar negara mesti didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon.
Q3: Mengapa pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan di Malaysia?
A: Pertama, perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket. Oleh itu, semua pasangan yang bernikah di luar negara mesti membuat pengesahan nikah dahulu di mahkamah syariah bagi menentukan nikah tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Q4: Apakah yang akan berlaku setelah mahkamah mengesahkan pernikahan tersebut sah mengikut hukum syarak?
A: Setelah mahkamah mengesahkan nikah tersebut sah, maka satu perintah akan dikeluarkan oleh mahkamah dan pesangan perlu mendaftarkan nikah di pejabat agama bagi mendapatkan surat nikah Malaysia.
Q5: Apa akan berlaku sekiranya pernikahan tersebut TIDAK SAH mengikut hukum syarak?
A: Sekiranya pernikahan tersebut tidak sah, maka perkahwinan tersebut mesti difaraqkan. Setelah itu, pasangan tersebut perlu melakukan akad nikah baharu sekiranya masih mahu bersama sebagai suami isteri yang sah.
Q6 : Apakah sebab/punca pernikahan tersebut tidak sah?
A: Kebiasaannya sesebuah pernikahan tersebut tidak sah kerana tidak menggunakan wali hakim yang dilantik oleh pemerintah. Kes seperti ini selalu berlaku kepada pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket di mana mereka menggunakan wali yang tidak bertauliah.
Q7: Apakah kesan sekiranya pasangan tidak mendaftarkan pernikahan di Malaysia?
A: Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul susulan kegagalan pasangan yang berkahwin di luar negara mendaftarkan pernikahan merekakhususnya di Selatan Thailand antaranya:
i. Tiada sebarang rekod pernikahan di mana-mana pejabat agama Islam di malaysia.
ii. Menyukarkan membuat sijil kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.
iii. Menyukarkan proses pendaftaran persekolahan anak kerana setiap pendaftaran tahun 1 perlu kepada sijil nikah ibu bapa.
iv. Menyukarkan proses sebarang tuntutan di mahkamah bersabit dengan urusan pernikahan, penceraian atau tuntutan harta kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.
v. Isteri digantung tidak bertali tetapi tidak boleh menuntut haknya di Mahkamah Syariah.
vi. Anak-anak tidak mempunyai Sijil Lahir seperti dilaporkan di media saban hari, akibatnya anak-anak tersebut terjebak dengan masalah sosial kerana lantaran tidak boleh bersekolah di sekolah aliran perdana.
Q8: Bagaimana mahu mendaftarkan pernikahan tersebut mengikut prosedur di Malaysia?
A: Prosedurnya seperti berikut (Contoh bagi pernikahan di Wilayah Songkhla, Thailand):
i. Selesai pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla di Thailand, pasangan akan menerima Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam Wilayah tersebut. Surat ini kemudiannya akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk tujuan pengesahan bahawa nikah yang dilakukan adalah sah dan diiktiraf Malaysia. (Mendapat pengesahan Konsulat bukan bermaksud maklumat pernikahan telah diketahui oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Maklumat pernikahan di Thailand tidak akan direkod di Malaysia selagi tidak melakukan pendaftaran semula di Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia.)
ii. Setelah meneliti dokumen dan berpuashati, pihak Konsulat akan mengeluarkan Surat Pengesahan. Berhati-hati dengan Surat Pengesahan Konsulat Palsu kerana terdapat kes di mana pihak sindiket memalsukan surat pengesahan tersebut.
iii. Bawa semua dokumen tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah di negeri pasangan bermastautin bagi tujuan semakan dokumen dan soal selidik dijalankan. Kemudian, pejabat agama akan keluarkan surat iringan ke Mahkamah Syariah dan Bahagian Penguatkuasaan.
iv. Pemohon menghantar surat iringan ke Bahagian Penguatkuasaan untuk membuka kes perkahwinan berlawanan Akta.
v. Pemohon menghantar surat iringan ke Mahkamah Syariah di daerah berkenaan untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
vi. Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah Daerah, pasangan hendaklah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah semula untuk proses pendaftaran nikah dan pengeluaran sijil nikah.
Sekiranya pasangan beranggapan bahawa prosedur dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa amat ketat dan menyukarkan pasangan, penyelesaian terbaik ialah melantik kami mengurus pendaftaran pernikahan tersebut. In Shaa Allah Berbaloi.
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi pihak kami di  01115635878  

Popular posts from this blog

PROSES NIKAH DI THAILAND DAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA

Mendaftar Perkahwinan Selepas bernikah di Thailand

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Luar Negara 2019